Isnin, 25 Julai 2011

Merentas desa

Kejohanan Merentas desa perimgkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat 21 Januari 2011 bertempat di persekitaran Felda Jengka 21. Acara bermula dengan perhimpunan pagi, taklimat kejohanan, pengagihan nombor peserta dan senaman ringan. Peserta perempuan bawah 14 tahun dilepaskan dahulu, manakala kategori lelaki bawah 18 tahun menjadi peserta terakhir dilepaskan. Peserta telah dilepaskan oleh Tuan Pengetua SMK J21, Pn. Hjh Ramlah Bt. Mat Diah pada jam 8:30 pagi. Acara tamat pada jam 12:00 tengahari selepas upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang mengikut kategori masing-masing.