Tn. Pengetua SMK J21 En. Sadri b Hj. Kormin telah menyampaikan hadiah keceriaan kelas kepada ketua kelas 5 Iltizam
Laman Blog ini memaparkan segala aktiviti yang dijalankan di SMK Jengka 21 sepanjang tahun semasa.
Isnin, 11 Mac 2013
Pertandingan kecerian kelas 2013
Jawatankuasa Keceriaan sekolah telah menganjurkan satu pertandingan keceriaan kelas bertujuan untuk menyemai sikap bertanggungjawab terhadap kelas dan sekolah serta menyemai benih-benih cintakan kebersihan. Pertandingan ini dijalankan setiap minggu dan hadiah disediakan secara bulanan dan dianugerahkan kepada kelas yang ceria sepanjang minggu pada bulan tersebut. bagi bulan Febuari telah dimenangi oleh kelas 5 Iltizam.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30
Mesyuarat Agung PIBG SMK Jengka 21 telah diadakan pada 23 febuari 2013 (sabtu) bermula jam 8:00 pagi. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yb Tn. Syed Ibrahim B Sy. Ahmad AMP. AMN. Pegawai Khas Menteri Besar Pahang merangkap ADUN Kerdau.
Pendaftaran kehadiran ibubapa dan penjaga di uruskan oleh badan pengawas sekolah
Ketibaan YB disambut oleh paluan kompang oleh kjelab kompang sekolah bersama penyambut tetamu VIP terdiri daripada AJK PIBG dan Guru
YB bersama YDP PIBG dan Pengetua SMK J21 di pentas utama
Sebahagian Ibubapa dan penjaga yang hadir
Pengacara majlis En. Azreen bersama Pn. Nurul Hidayat
Tn. Hj. Mohd Karim membacakan doa bagi memulakan majlis
Pengetua SMK J21 En. Sadri B Hj. Kormin menyampaikan ucapan
YDP PIBG SMKJ21 En. Zul B Budin berucap memyampaikan amanat PIBG
YB Tuan Syed Ibrahim B Syed Ahmad menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan mesyuarat agung PIBG SMKJ21 kali ke 30
Persembahan Nasyid daripada kumpulan koir sekolah
Sebelum meninggalkan majlis YB sempat menyampaikan hadiah cabutan bertuah
Mesyuarat Agung PIBG diteruskan selepas majlis perasmian
Dua orang pelajar dipilih sebagai pencatat minit mesyuarat
Wakil Ibu bapa membentangkan usul serta menyampaikan ucapan penangguhan
Lagi penyampaian hadiah cabutan bertuah