Laman Blog ini memaparkan segala aktiviti yang dijalankan di SMK Jengka 21 sepanjang tahun semasa.
Isnin, 23 April 2018
Latihan Kebakaran
Jawatan kuasa 3K sekolah SMK Jengka 21 telah mengadakan latihan kebakaran pada hari rabu 18 April jam 9:40 pagi. Pelajar dan guru berkumpul di padang sekolah selepas loceng kecemasan kedengaran.
Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah
Perhimpunan rasmi pagi Isnin 15 Januari 2018 beserta majlis penyerahan watikah lantikan kepada badan kepimpinan sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Awam Sekolah IPD Maran.
Taklimat FROG VLE
Satu taklimat pelaksanaan komponen pengurusan perubahan (Change Management) bagi 1BESTARINET fasa 2 Kementerian Pendidikan telah diadakan pada 10 April 2018 jam 10pagi di Dewan Teratai SMK Jengka 21. Program ini disampaikan oleh Syarikat Unicliq Sdn. Bhd. taklimat ini melibatkan semua murid, guru dan ibu bapa.
Minggu Anti Dadah
Majlis pelancaran Program Minggu Anti dadah peringkat sekolah SMK Jengka 21 telah dijalankan pada hari Isnin 116April 2018 bertempat di Dewan Teratai SMK Jengka 21. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Jengka 21 En. Roslan B Md Ali. Minggu Anti Dadah ini akan berlansung dari 16 - 20 April 2018
Bacaan Doa oleh Pengawas Sekolah
Baca Perutusan Minggu Anti Dadah Oleh GPK HEM
Ucapan Perasmian Oleh Tn. Pengetua SMK Jengka 21
Gimik Perasmian
Bacaan Ikrar minggu Anti Dadah
Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna dan Menulis Esei Sempena minggu Anti Dadah
Johan Pertendingan Mewarna
Johan Pertandingan Menulis esei



















































