Program KIA2M
Pada tahun 2010 kerajaan berhasrat untuk mencapai tahap sifar buta huruf. Adakah ianya boleh dicapai dengan mudah?. Itulah persoalan yang sukar dijawab. Justeru itu, peranan pihak pendidik di sekolah dan ibu bapa di rumah dalam melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti menjelang 2020 sebagai sebuah Negara Maju. Maju dalam erti kata yang sebenar-benarnya terutama dalam bidang pendidikan. Sekiranya masih ada ibu bapa atau warganegara Malaysia yang buta huruf, bagaimanakah insan atau pelajar ini akan berdepan dengan masyarakat terutamanya dalam situasi di alam pekerjaan nanti ?
Setiap tahun didapati ada sahaja pelajar yang gagal mata pelajaran Bahasa Melayu, padahal pelajar sekolah ini semuanya berbangsa melayu dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di rumah mereka. Lebih mendukacita lagi, pendidik atau guru akan dianggap gagal menunaikan tanggungjawab jika masih ada pelajar yang tamat persekolahan tingkatan 5 tetapi masih tidak mampu membaca, memahami dan menulis dengan baik dalam Bahasa Ibunda sendiri. Di atas hasrat itulah maka pihak SMK J21 berhasrat untuk membantu pelajar yang masih belum menguasai 2 M menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. Di sekolah menengah tidak ada guru pemulihan khas, justeru itu kelas pemulihan ini di harap akan dapat membantu para pelajar menguasai 2M dengan lancaqr dan baik. Semoga masalah buta huruf ini dapat diatasi sebelum pelajar ini meninggalkan alam persekolahan dan bakal menempuh alam pekerjaan kelak.
Pengisian utama Program ini ialah Kelas Bimbingan / pemulihan yang diadakan dengan menumpukan kepada:
¨ Mengenalpasti tahap masalah membaca, memahami dan menulis
¨ Memperbaiki sebutan perkataan supaya betul dan jelas
¨ Memperbaiki cara membaca mengikut tanda bacaan yang betul
¨ Menyatakan semula teks yang telah dibaca
¨ Menjawab soalan secara lisan untuk menguji kefahaman
¨ Menjawab soalan struktur dengan baik
¨ Menulis dengan cepat dan lancar.
Seramai 14 orang pelajar sekolah SMK J21 dari tingkatan 1 hingga 5 telah dikenal pasti tidak mengusai kemhiran 2M. Mereka ini telah dipanggil dan diberikan taklimat tentang program KIA2M ini. Mereka telah dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut tahap penguasaan 2M masing-masing. Kelas ini diadakan setiap hari selasa, khamis dan jumaat bertempat di bilik Perbincangan Pusat Sumber Sekolah. Seramai 9 orang guru telah dipilih sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar ini. Antaranya :
¨ En. Mohd Abdul Razif B Abdul Razak
¨ Pn. Hasnah Bt Mat Sarif
¨ Pn. Norhani Bt Abdul Rahman
¨ Cik Ainul Asyikin Bt Nordin
¨ Pn. Hjh. Norhayati Bt Mamat
¨ Cik Halimaton Sa’adiah Bt Mat Tahir
¨ En Muhammad B Harun
¨ En. Azman B Abd. Kadir
¨ Pn. Umi Kalthum B Abdul Wahab