VISI

MEMPERKASA KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI MENJELANG 2025







Disclaimer

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.



Rabu, 22 Januari 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Felda Jengka 21

Satu Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Felda Jengka 21 telah diadakan pada 17 Januari 2014 bertempat di Masjid Felda Jengka 21. Hampir 1000 orang menyertai majlis sambutan ini yang dianjurkan oleh JKKR Felda jengka 21. Peserta terdiri daripada peneroka jengka 21, pelajar SMK J21, pelajar SK J21 dan pelajar TADIKA Kemas. Peserta berarak mengelilingi Felda J21 bermula dari perkarangan masjid dan berakhir di Dewan Semai Bakti J21. Majlis sambutan di dewan dimulakan dengan acara berselawat beramai-ramai, persembahan nasyid oleh pelajar SMK J21 dan ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Mohd Karim B Ismail.

Berarak sambil berselawat mengelilingi perkampungan Felda J21




 Berselawat di dalam Dewan


 Ucapan aluan oleh Pengerusi JKKR Felda J21 En. Azih B Bakar
 Persembahan nasyid pelajar SMK J21
 Ceramah Maulidur Rasul Oleh Tn. Hj. Ustaz Mohd Karim

Majlis Sederap Membina Cemerlang

Satu majlis permuafakatan antara guru, Ibubapa dan penjaga serta pelajar tingkatan 3 dan 5 SMK Jengka 21 iaitu majlis Sederap Membina Cemerlang dijalankan pada 10 Januari 2014. Majlis ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara guru dan ibubapa/penjaga demi melansungkan kecemerlangan anak mereka dalam akademik. Dalam majlis ini pihak sekolah membentangkan perancangan kurikulum, ko-kurikulum dak aktiviti yang berkaitan dengannya serta program bina insan untuk membentuk pelajar bertaqwa.

 Sebahagian ibubapa/penjaga yang hadir

 Ust. Mohd Karim membacakan doa
 Cikgu Mohamad B Harun GPK HEM membentangkan program di bawah HEM
 En. Adnan GPK Kurikulum membentangkan perancangan kurikulum
 Pengetua En. Sadri B Hj. Kormin menyampaikan ucaptama
 En. Zulkipli Amin mempengurusikan majlis

LADAP 1- Simulasi Keberhasilan Guru

Kursus Dalam Perkhidmatan peringkat sekolah SMK Jengka 21 yang pertama untuk tahun 2014 dijalankan pada hari sabtu 4 Januari 2014 bertujuan untuk mendedahkan kepada semua guru tentang sistem Penilaian Keberhasilan Guru yang perlu diisi oleh semua guru mulai tahun 2014. Latihan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Pembangunan Staf SMK J21 dan disampaikan oleh En. Mohd Abd. Razif.








Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Kursus Orientasi pelajar tingkatan 1 berlangsung dari 2 - 3 Jan 2014. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Kaunselor sekolah En. Zulkipli Amin.






GURU PENYAYANG

Program guru penyayang dilancarkan pada 2 Januari serentak dengan sesi pertama persekolahan tahun 2014. Program ini amat bersesuaian dengan suasana awal persekolahan di mana guru menyambut kedatangan semula pelajar ke sekolah dan mengalukan kedatangan pelajar baru tingkatan 1. "Selamat Datang Ke SMK Jengka 21". Program bermula seawal jam 6.50 pagi dan berakhir pada jam 7.20 pagi.






Perhimpunan 2 Jan 2014

Perhimpunan rasmi sempena permulaan penggal persekolahan sesi 2014

Cikgu Zulkipli Amin selaku guru bertugas mingguan menyampaikan ucapan aluan dan maklumat persekolahan