Tanggal 17. Jan. 2009, SMK JENGKA 21 telah mengadakan karnival sukan pertama peringkat sekolah iaitu acara merentas desa. Acara ini dimulakan agak lewat sedikit kerana hujan lebat. Walaubagaimanapun acara ini dapat juga dijalankan tepat jam 9:00 pagi.
Merentas desa ini dimulakan dengan acara perempuan bawah 14 tahun. Peserta telah dilepaskan oleh Tuan Pengetua SMK J21. Peserta lelaki bawah 18 tahun menjadi peserta terakhr dilepaskan.
Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu perempuan bawah 14 , bawah 15 dan bawah 18 tahun beserta lelaki bawah 14, bawah 15 dan bawah 18 tahun.
Rumah Wira telah muncul sebagai johan antara rumah sukan pada kejohanan kali ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan