Jumaat, 17 Februari 2012

Maulidur Rasul

Satu majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMK Jengka 21 telah diadakan pada Sabtu, 11 Febuari 2012 bertempat di persekitaran sekolah SMK Jengka 21. Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan pelajar bersama guru dari tapak perhimpunan ke Dewan Peperiksaan di bangunan baru. Sambil melaungkan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W., pelajar dan guru berjalan menuju ke dewan tersebut. Di dalam dewan pelbagai acara telah diatur, antaranya ialah ceramah tentang kelahiran Rasulullah, persembahan nasyid, kuiz dan penyampaian anugerah tokoh Maulidur Rasul.


Perarakan pelajar bersama guru sambil berselawat




Pelajar dan guru berhimpun di dalam dewan peperiksaan



Majlis di dalam dewan dipengerusikan oleh En. Zulkipli Amin


Ust.Tn.Hj. Mohd Karim membacakan doa dan menyampaikan ceramah berkaitan sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W


Amir Muttaqin Qari SMK J21 membacakan ayat-ayat suci Al-Quran


Persembahan nasyid "Rasulullah" daripada pelajar tingkatan 4


Pelajar menjawab soalan kuiz yang diajukan oleh penceramah tentang sejarah kalahiran Rasulullah



Tuan Pengetua SMK Jengka 21 menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz




Penyampaiah cenderamata kepada tokoh Maulidur Rasul peringkat sekolah SMK Jengka 21

Pelajar Lalaki - Muhammad Hafiz B Mohd Kamaruddin


Pelajar perempuan - Nurul Jannah Bt Maidin


Guru - En. Abd. Ghafar B Shamsudin


Sebagai pengakhiran majlis, guru dan pelajar berselawat bersama-sama














Tiada ulasan:

Catat Ulasan