Rabu, 22 Januari 2014

Majlis Sederap Membina Cemerlang

Satu majlis permuafakatan antara guru, Ibubapa dan penjaga serta pelajar tingkatan 3 dan 5 SMK Jengka 21 iaitu majlis Sederap Membina Cemerlang dijalankan pada 10 Januari 2014. Majlis ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara guru dan ibubapa/penjaga demi melansungkan kecemerlangan anak mereka dalam akademik. Dalam majlis ini pihak sekolah membentangkan perancangan kurikulum, ko-kurikulum dak aktiviti yang berkaitan dengannya serta program bina insan untuk membentuk pelajar bertaqwa.

 Sebahagian ibubapa/penjaga yang hadir

 Ust. Mohd Karim membacakan doa
 Cikgu Mohamad B Harun GPK HEM membentangkan program di bawah HEM
 En. Adnan GPK Kurikulum membentangkan perancangan kurikulum
 Pengetua En. Sadri B Hj. Kormin menyampaikan ucaptama
 En. Zulkipli Amin mempengurusikan majlis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan