Isnin, 10 Februari 2014

Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar

Satu majlis penyerahan watikah pelantikan kepimpinan pelajar teelah diadakan pada 4 Feb 2014 bertempat di Dewan Peperiksaan SMK Jengka 21. Dalam majlis ini, Ketua dan penolong ketua kelas, pengawas SPBT, pengawas PSS dan pengawas sekolah dan kelas PKI telah menerima surat watikah lantikan masing-masing. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor Mohd Halid bin Satiman, Peg. Penyiasat Narkotik, Jabatan Narkotik IPD Maran merangkap pegawai Perhubungan Awam PDRM sekolah-sekolah Daerah Maran. Beliau juga telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan disiplin sekolah.

VVIP yang hadir: En. Suhaini B Samat (NYDP PIBG), Tn. Ins. Mohd Halid, En. Mohamad Harun (GPK HEM), En. Zainal Abidin (Pen. Pengurus Felda J21)
 En. Azreen dan Pn. Norshazwani sebagai pengacara majlis
 Ust. Tn Hj Mohd Karim membacakan doa
 Ucapan aluan oleh GPK Hem
 Ucaptama dan peraasmian oleh Tn. Ins. Mohd halid
 Sebahagian pelajar yang hadir

Ceramah Disiplin disampaikan oleh Tn. Insp. Mohd Halid

 Persembahan koir oleh pelajar 3 Alfa
 Penyampaian watikah kepada ketua dan penolong ketua kelas oleh NYDP PIBG

 Penyampaian watikah kepada pengawas SPBT dan PSS oleh pen. Pengurus Felda J21




 Penyempaian Watikah kepada Pengawas Sekolah oleh Tn Insp. Mohd Halid

 Bacaan IKRAR semua pelajar diketuai oleh Ketua Pelajar Mohd Rezza Khusairi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan