Selain daripada Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pengurusan Kelas juga mengambil kesempatan peluang ini untuk menyampaikan surat watikah perlantikan kepada pengawas PSS dan juga kepada Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
Dalam ucapan aluan, Puan Pengetua SMK Jengka 21 mengucapkan selamat datang dan terima kasih pihak sekolah kepada tuan Inspektor kerana sudi datang untuk meyempurnakan majlis ini. Beliau juga mengingatkan pengawas sekolah, pengawas PSS, ketua dan penolong ketua kelas yang telah dipilih agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Pastikan anda yang dilantik benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Sementara itu, dalam ucaptama perasmiannya, Tuan Inspektor mengharapkan pengawas yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh keyakinan, tegas dan berani untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran agar mereka sentiasa dihormati dan disegani oleh pelajar-pelajar lain.
Dalam majlis ini, seramai 18 orang pengawas sekolah, 13 orang pengawas PSS serta 28 orang ketua dan penolong ketua menerima sijil perlantikan masing-masing. Syabas dan Tahniah !!! Kepada anda semua. Selamat menjalankan tugas dengan penuh iltizam dan dedikasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan