Satu majlis sempena Ihya' Ramadhan iaitu majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah SMK Jengka 21 telah diadakan pada 2 Ogos 2013 (Jumaat). Majlis ini diketuai oleh Ustaz Mohd Karim bersama 10 orang pelajar tingkatan 5. Program ini diadakan bertujuan untuk memdidik pelajar supaya membaca Al-Quran dengan cara yang betul, menanam kecintaan kepada bacaan Al-Quran sebagai bahan bacaan utama setiap hari, menghayati isi kandungan dan ajaran yang terdapan di dalam Al-Quran sebagai panduan hidup setiap hari.
Tn. Pengetua menyampaikan ucaptama dan merasmikan majlis khatam AL-Quran
Sebahagian daripada pelajar dan guru yang hadir ke majlis ini
Bacaan Al-Quran dipimpin oleh Tn. Hj. Mohd Karim B Ismail
Penyampaian cenderahati kepada peserta Khatam Quran dan penyampaian sumbangan duit raya kepada pelajar yatim piatu
Majlis diakhiri dengan bersalaman bermaaf-maafan antara warga SMK Jengka 21
Tiada ulasan:
Catat Ulasan