Sabtu, 1 Ogos 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah

Buat julung kalinya setelah beberapa tahun SMK J21 tidak mengadakan sukan olahraga tahunan, maka pada tahun 2009 ini satu kejohanan olahraga telah diadakan di padang sekolah.
Kejohanan olahraga ini telah mengembalikan nostalgia dan keinginan yang sekian lama dipendam kerana ketiadaan padang akibat daripada pembinaan bangunan baru.
Terbayang wajah-wajah kegembiraan di kalangan pelajar semasa kejohanan ini berlansung. Walaupun kepenatan, jawatankuasa teknikal kejohanan ini yang bertungkus-lumus memastikan kejohanan olahraga ini berjalan lancar berasa gembira kerana kejohanan ini mendapat sambutan yang amat meriah walaupun diadakan secara sederhana.
Kejohana olahraga ini berlansung selama 2 hari. Antara acara yang dipertandingkan ialah 100M, 200M, 400M, 800M, 1500M, 4x100M, 4x400m, lontar peluru, lompat jauh dan lompat kijang.

Antara keputusan utama kejohanan olahraga kali in adalah seperti berikut :

Olahragawan : Mohd. Zaidi B Bakri
Olahragawati : Norsahira Bt Mohammad
Johan Rumah : Rumah Wira
Rumah Tercantik : Rumah Putra

Selain daripada acara untuk pelajar, acara melontar peluru untuk guru juga disedikan.
Antara acara olahraga yang dijalankan

Kontijen rumah sukan berarak masuk ke padang sebelum majlis penutup


Sebahagian aktiviti guru dan pelajar dalam acara terbuka

Sekitar majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang















Tiada ulasan:

Catat Ulasan