Semua Pelajar diminta bawa air ke sekolah …… Itulah antara ucapan Tuan Pengetua semasa melancarka kempen bawa air ke sekolah. Semua pelajar diminta untuk bekerjasama membawa air ke sekolah sebagai langkah untuk menjaga kesihatan. Mengikut kajian, pelajar kita amat kurang minun air. Badan kita memerlukan lebih kurang 8—12 gelas air sehari. Jika air kurang dalam badan sistem perkumuhan tidak dapat berjalan dengan lancar. Sebab itulah kita mudah mundapat penyakit buah pinggang.
Selain daripada itu, air yang bersih dapat membekalkan oksigen kepada tubuh badan kita. Ini akan menyebabkan kita kurang mengantuk di dalam kelas dan dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam pembelajaran.
Selain daripada itu, pihak sekolah juga ada menyediakan beberapa penapis air sebagai kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan air yang bersih dan berkualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan