Pada 6 Febuari 2009, Satu program galakan membaca peringkat sekolah telah dilancarkan. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar supaya menanamkan tabiat suka membaca dan menjadikan membaca sebagai amalan hidup seharian.
Dalam ucapan pelancarannya, Tuan Pengetua SMK J21, menjelaskan bahawa banyak faedah yang kita boleh perolehi daripada membaca. Selain daripada membaca untuk meningkatkan prestasi akademik, dengan membaca juga kita boleh menambah pengetahuan, memperbaiki dan meningkatkan tahap penulisan dengan menguasai kosa kata, memperbaiki tahap pengucapan awam dengan mengetahui banyak isu-isu semasa, meningkatkan tahap celik akal dengam menambah pengetahuan dalam bidang yang kita minati.
Sebagai tanda simbolik pelancaran kempen membaca ini, Tuan Pengetua telah memotong riben pada banting kempen membaca. Antara aktiviti yang dirancang sepanjang kempen ini berjalan ialah program bacaan senyap, pertandingan meja berinformasi, pertandingan kelas berinformasi dan ceria, pameran buku pada hari Isnin minggu pertama setiap bulan, Sudut bacaan terbuka dan lain-lain lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan