Dalam majlis ini Tuan Pengetua SMK J21 En. Razali B Mat Omar berkenan untuk menyampaikan watikah tersebut. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan ketua dan penolong ketua kelas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
Ketua dan penolong ketua kelas merupakan orang bertanggungjawab menguruskan kelas serta membantu guru kelas melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan urusan kelas serta bertanggungjawab memastikan kelas tersebut sentiasa ceria dan berinformatif serta selesa untuk diduduki sepanjang aktiviti pembelajaran.
Ketua dan penolong ketua kelas telah dilantik oleh ahli kelas masing-masing. Seharusnyalah semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan