Tanggal 9 Feb 2009, merupakan satu detik sejarah yang berulang di mana, Badan Pengawas dan Disiplin SMK J21 telah menyerahkan watikah dan surat perlantikan pengawas-pengawas SMK J21. Watikah perlantikan tersebut telah disampaikan oleh Yang Setia Cif Inspektor Azli B Mohd Nor.
Dalam ucapannya, Tuan Inspektor mengingatkan para pelajar sipaya menjaga disiplin diri masing-masing dan jangan terjebak dengan kegiatan jenayah terutamanya penagihan dadah dan mencuri.
Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran NYDP PIBG SMK J21, En. Mat Jani B Jantan. Bagi sessi persekolahan tahun 2009 ini, seramai 26 orang telah dilantik dari kalangan pelajar tingkatan 2 hingga 5. Mereka ini telah menjalani 2 tahap temuduga sebelum dipilih untuk menjadi pengawas. Pencalonan mereka dibuat oleh guru-guru berdasarkan pemerhatian tingkah laku semasa di sekolah. Kemudian badan pengawas sekolah akan menemuduga mereka sebelum dipilih. Mereka yang dilantik ini adalah dikalangan mereka yang terbaik antara yang terbaik.
Diharapkan pengawas-pengawas yang dilantik ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih jujur dan amanah dalam membantu sekolah meningkatkan tahap disiplin para pelajar. Pengawas ini juga diingatkan supaya menjaga tingkah laku dan meningkatkan prestasi akdemik agar lebih dihormati oleh pelajar lain. Selamat menjalankan tugas dan tahniah!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan