VISI

MEMPERKASA KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI MENJELANG 2025







Disclaimer

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.



Selasa, 23 Jun 2009

Perlantikan Ketua & P/Ketua Kelas

Untuk memantapkan lagi institusi pengurusan kelas, satu program penyerahan watikah perlantikan ketua dan penolong ketua kelas telah diadakan bersempena dengan majlis watikah dan perlantikan pengawas sekolah SMK J21.
Dalam majlis ini Tuan Pengetua SMK J21 En. Razali B Mat Omar berkenan untuk menyampaikan watikah tersebut. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan ketua dan penolong ketua kelas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
Ketua dan penolong ketua kelas merupakan orang bertanggungjawab menguruskan kelas serta membantu guru kelas melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan urusan kelas serta bertanggungjawab memastikan kelas tersebut sentiasa ceria dan berinformatif serta selesa untuk diduduki sepanjang aktiviti pembelajaran.
Ketua dan penolong ketua kelas telah dilantik oleh ahli kelas masing-masing. Seharusnyalah semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka ini.







Perlantikan Pengawas Sekolah


Tanggal 9 Feb 2009, merupakan satu detik sejarah yang berulang di mana, Badan Pengawas dan Disiplin SMK J21 telah menyerahkan watikah dan surat perlantikan pengawas-pengawas SMK J21. Watikah perlantikan tersebut telah disampaikan oleh Yang Setia Cif Inspektor Azli B Mohd Nor.
Dalam ucapannya, Tuan Inspektor mengingatkan para pelajar sipaya menjaga disiplin diri masing-masing dan jangan terjebak dengan kegiatan jenayah terutamanya penagihan dadah dan mencuri.
Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran NYDP PIBG SMK J21, En. Mat Jani B Jantan. Bagi sessi persekolahan tahun 2009 ini, seramai 26 orang telah dilantik dari kalangan pelajar tingkatan 2 hingga 5. Mereka ini telah menjalani 2 tahap temuduga sebelum dipilih untuk menjadi pengawas. Pencalonan mereka dibuat oleh guru-guru berdasarkan pemerhatian tingkah laku semasa di sekolah. Kemudian badan pengawas sekolah akan menemuduga mereka sebelum dipilih. Mereka yang dilantik ini adalah dikalangan mereka yang terbaik antara yang terbaik.
Diharapkan pengawas-pengawas yang dilantik ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih jujur dan amanah dalam membantu sekolah meningkatkan tahap disiplin para pelajar. Pengawas ini juga diingatkan supaya menjaga tingkah laku dan meningkatkan prestasi akdemik agar lebih dihormati oleh pelajar lain. Selamat menjalankan tugas dan tahniah!!.





















Isnin, 22 Jun 2009

Bina Insan

Program Bina insan dianjurkan oleh Biro Bina Insan SMK J21


Tn. Hj. Husaidi Hamzah selaku penganjur menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan ustaz Tn. Hj. Mohd Karim B Ismail





Sebahagian pelajar yang menyertai kursus ini






Penceramah : ustaz Tn. Hj. Mohd Karim B Ismail

Jumaat, 19 Jun 2009

Orientasi pelajar F1 & F4

Orientasi pelajar tingkatan 4


En. Zulkipli Amin menyelaras program orientasi ini


Orientasi pelajar tingkatan 1









Rabu, 17 Jun 2009

Pendaftaran Tingkatan 1









Sebahagian ibu bapa hadir bersama anak mereka mendengar taklimat persekolahan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah.



Selesai mendengar taklimat, ibubapa mendaftar anak mereka dan mendapatkan senarai barangan keperluan sekolah.

Boss


Alhamdullilah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya laman blog SMK JENGKA 21 dapat diwujudkan. Terima kasih kepada guru yang bertanggungjawab menyediakan dan menulis untuk laman blog ini. Diharapkan laman blog ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menyebarkan aktiviti yang menarik berlaku sepanjang sessi persekolahan tahun ini.


Alhamdullilah, Syukur dapat juga saya bina blog ni walaupun banyak kekangan masa. Diharapkan rakan-rakan dapat memberikan idea dan komen dalam laman blog ini.