VISI

MEMPERKASA KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI MENJELANG 2025







Disclaimer

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.



Rabu, 21 April 2010

KERJA KURSUS SAINS PERTANIAN

TAHNIAH!!! PELAJAR SPM 2009

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 kerana berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang sekaligus dapat mengharumkan nama sekolah. Inilah julung kalinya pihak sekolah mengadakan majlis penyerahan slip keputusan peperiksaan SPM. Apa tidaknya bukan pelajar sahaja yang gembira menerima keputusan yang cemerlang, guru-guru pun turut gembira kerana beberapa rekod baru peperiksaan SPM bagi SMK Jengka turut dicatat. Antaranya, Nur Husna Bt Mohd Salleh yang mendapat 9A bukan hanya merupakan pelajar terbaik sekolah tetapi juga pelajar terbaik untuk SPM 2009 Daerah Maran. Syabas dan tahniah….. Buat pertamakalinya juga seorang pelajar mendapat A- dalam Bahasa Inggeris, Mata pelajaran sains tulen iaitu Biology,fizik dan Kimia mendapat kelulusan 100% .

Suasana sibuk dan ceria ketika pelajar sibuk untuk mendapatkan keputusan SPM 2009 daripada guru kelas masing-masing
Nur Husna dan rakan-rakan saling memberikan ucapan tahniah atas kejayaan masing-masing



KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA DAN PEMANDUAN BERHEMAH

Satu program ceramah berkenaan dengan keselamatan jalan raya dan pemanduan berhemah telah diadakan pada 12 Mac 2010 di dewan peperiksaan SMK Jengka 21. Program ini dianjurkan oleh Kolej Sentral bersama Akademi Memandu Central. Dalam promosinya, Akademi Memandu Central menawarkan pekej menarik kepada pelajar SMK J21 yang ingin memiliki lessen memandu motosikal. Program ini juga turut dijayakan oleh Jabatan Polis khasnya bahagian Trafik dari balai polis Daerah Maran serta Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang.

Bawa motor mesti ada lesen, pakai topi keledar, pasang lampu dan ada cermin sisi, Sarjan Mejar Muda, Ketua Bahagian Trafik IPD Maran.


Pegawai JPJ Kuantan, En. Wan Ariff Ismail memberikan taklimat berkaitan keselamatan jalanraya

Wakil Pengurusan Akademi Memandu Central menyampaikan cenderahati kepada Tuan Pengetua SMK Jengka 21

Selasa, 20 April 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

        Sempena memperingati hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. , SMK Jengka 21 telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pada Jumaat 5 Mac 2010 bertempat di tapak perhimpunan sekolah.

        Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi harian, kemudian diikuti oleh ceramah agama berkisar tentang sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ust. Hj. Mohamad Karim B Ismail. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. secara beramai-ramai oleh guru dan pelajar SMK Jengka 21.

Ust.Hj. Mohd Karim mengetuai bacaan selawat bersama guru – guru dan pelajar

Sebahagian pelajar yang hadir turut sama berselawat membesarkan keagungan Nabi Muhammad S.A.W.


UJIAN BULANAN 1 (UB1)

UJIAN BULANAN 1 (UB1)
1 - 5 Mac 2010


LADAP 1

Satu program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah diadakan khas untuk guru - guru SMK Jengka 21 pada hari Sabtu 20 Feb 2010. Kursus ini telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Jengka 21. Acara dimulakan dengan Tuan Pengetua menyampaikan taklimat berkaitan SKPM SMK Jengka 21 (Hala Tuju Kepimpinan. Selepas minum pagi, guru-guru dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu kurikulum, kokurikulum dan bina insan.
Tuam Pengetua sedang memberikan taklimat berkenaan SKPM SMK Jengka 21
Cikgu Adnan GPK HEM, mengetuai kumpulan dalam bengkel perancangan strategik bina insan.
Cikgu razif GPK 1, mengetua kumpulan perancangan strategik kurikulum.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

         Buat julung kalinya, SMK Jengka 21 mengadakan kejohanan sukan olehraga selama tiga hari berturut-turut bermula dari 23 - 25 Feb 2010.

         Terbayang wajah-wajah kegembiraan di kalangan pelajar semasa kejohanan ini berlansung. Walaupun kepenatan, jawatankuasa teknikal kejohanan ini yang bertungkus-lumus memastikan kejohanan olahraga ini berjalan lancar berasa gembira kerana kejohanan ini mendapat sambutan yang amat meriah walaupun diadakan secara sederhana.
         Dalam kejohanan ini, pelajar dibahagikan kepada 3 kategori iaitu bawah 18 tahun, bawah 15 dan bawah 14 tahun. Antara acara yang dipertandingkan ialah 100M, 200M, 400M, 800M, 1500M, 4x100M, 4x400m, lontar peluru, lompat jauh dan lompat kijang.
Antara keputusan utama kejohanan pada kali ini adalah :


Johan keseluruha kejohanan

1. Rumah Wira (3549 mata )

2. Rumah Saga ( 2846 mata )

3. Rumah Putra ( 2644 mata )
4. Rumah Satria ( 2436 mata )

           Semantara itu, Muhamad Nasarudin B Anuar telah dipilih sebagai Olahragawan pada kejohanan sukan kali ini. Beliau telah mendapat pingat emas pada acara lompat kijang, 100M, 200M, 4x100M, 4x200M dan pingat perak dalam acara lontar peluru dan lompat jauh.

           Manakala Nor Hazira Bt hasan pula telah dinobatkan sebagai olahragawati. Beliau telah menyertai acara lompat jauh, 1500M terbuka, 800M, 400M, 200M, 100M dan mendapat pingat emas dalam semua acara yang disertainya.
          Dalam ucapan perasmian penutup, Tuan Pengetua SMK Jengka 21, Puan Hajah Ramlah Bt Mat Diah mengingatkan semua peserta bahawa sukan ini diadakan untuk menguji ketahanan dan kekuatan fizikal pelajar. Menang dan kalah adalah adat pertandingan. Tahniah kepada yang menang dan terima kasih kepada semua pelajar yang bekerjasama menyumbangkan tenaga untuk menjayakan sukan pada kali ini.



Sebahagian lagi rakaman aktiviti sepanjang kejohanan sukan olahraga SMK Jengka 21

MERENTAS DESA

Tanggal 12. Feb. 2010, SMK JENGKA 21 telah mengadakan karnival sukan pertama peringkat sekolah iaitu acara merentas desa. Merentas desa ini dimulakan dengan acara perempuan bawah 14 tahun. Peserta telah dilepaskan oleh Tuan Pengetua SMK J21. Peserta lelaki bawah 18 tahun menjadi peserta terakhr dilepaskan.

Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu perempuan bawah 14 , bawah 15 dan bawah 18 tahun beserta lelaki bawah 14, bawah 15 dan bawah 18 tahun.




Rumah Wira telah muncul sebagai johan antara rumah sukan pada kejohanan kali ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Antara keputusan utama kejohanan adalah :


Perempuan Bawah 14

1. Norziana Bt Anuar - Saga
2. Nur Izati - Putra
3. Nabila Bt Ramli - Putra
Perempuan Bawah 15
1. Norhazirah Bt Hasan - Putra
2. Nor Nabila Farisha Hanafi - Wira
3. Siti Aisyah Mat Yusof - Putra
Perempuan Bawah 18
1. Nurul Natasha - Saga
2. Nur Aisyah Tay’ib - Wira
3. Azura Shamsudin - Putra
Lelaki Bawah 14
1. M. Saharuddin Arshad - Saga
2. M. Sufian Azhar - Wira
3. M. Iskandar M. Amin - Wira
Lelaki Bawah 15
1. M. Azrul Abd Razak - Satria
2. M. Firdaus Mamat Rozman - Satria
3. Nasarudin Anuar - Saga
Lelaki Bawah 18
1. M. Ikhwan Syafiq - Saga
2. M. Azlan Sapri - Wira
3. M. Syafiq - Wira
Keseluruhan
1. WIRA - 1209 mata
2. SAGA - 1056 mata
3. PUTRA - 824 mata
4. SATRIA - 730 mata

PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Tanggal 22 Feb 2010, merupakan satu detik sejarah yang berulang di mana, Badan Pengawas dan Disiplin SMK J21 telah menyerahkan watikah dan surat perlantikan pengawas-pengawas SMK J21. Watikah perlantikan tersebut telah disampaikan oleh Yang Setia ASP Azli B Mohd Noor Ketua Bahagian Jenayah Narkotik Daerah Maran.

Selain daripada Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pengurusan Kelas juga mengambil kesempatan peluang ini untuk menyampaikan surat watikah perlantikan kepada pengawas PSS dan juga kepada Ketua dan Penolong Ketua Kelas.




Dalam ucapan aluan, Puan Pengetua SMK Jengka 21 mengucapkan selamat datang dan terima kasih pihak sekolah kepada tuan Inspektor kerana sudi datang untuk meyempurnakan majlis ini. Beliau juga mengingatkan pengawas sekolah, pengawas PSS, ketua dan penolong ketua kelas yang telah dipilih agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Pastikan anda yang dilantik benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Sementara itu, dalam ucaptama perasmiannya, Tuan Inspektor mengharapkan pengawas yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh keyakinan, tegas dan berani untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran agar mereka sentiasa dihormati dan disegani oleh pelajar-pelajar lain.
Dalam majlis ini, seramai 18 orang pengawas sekolah, 13 orang pengawas PSS serta 28 orang ketua dan penolong ketua menerima sijil perlantikan masing-masing. Syabas dan Tahniah !!! Kepada anda semua. Selamat menjalankan tugas dengan penuh iltizam dan dedikasi.

Orientasi pelajar tingkatan 1 & 4

               Selamat datang ke SMK Jengka 21. Itulah mula bicara kaunselor sekolah SMK J21, En. Zulkepli Amin semasa mengendalikan sessi orientasi pelajar tingkatan 1. Seramai 76 orang pelajar daripada 98 nama yang disenaraikan mendaftarkan diri di sekolah ini.
           Program orientasi ini berlansung selama 3 hari bermula dari 4hb. Hingga 6hb januari 2010.
Program orientasi ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan kepada warga baru sekolah berkenaan persekitaran sekolah, struktur pentadbiran, peraturan sekolah, sessi persekolahan dan memperkenalkan warga pendidik di SMK J21 kepada pelajar baru.

           Bagi memenuhi objektif yang dinyatakan tadi, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah sessi berkenalan, ucapan Pengetua, GPK 1, GPK HEP, GPK KO, taklimat disiplin, taklimat peperiksaan, taklimat pusat sumber dan makmal komputer, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan ERT.
           Pelajar juga dibawa melawat kesekitar kawasan sekolah bagi mengenal pasti lokasi-lokasi bilik yang akan digunakan oleh pelajar. Antaranya ialah kantin, tandas, surau, makmal sains, perpustakaan, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup, bilik ERT, bilik guru dan pejabat sekolah.

Di akhir program, pelajar telah diagihkan kepada 2 kelas dan diperkenalkan kepada guru kelas masing-masing. Seterusnya pelajar dibawa ke kelas mereka dan menguruskan kemudahan serta peralatan di dalam kelas mereka.

SELAMAT DATANG KE SMK JENGKA 21

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

         Sidang akademik 2010 bermula dengan pendaftaran pelajar tingkatan 1 pada hari Sabtu, 2 Januari 2010. Sebahagian besar ibu bapa dan penjaga kepada pelajar tingkatan 1 dari Jengka 21 dan Jengka 22 hadir untuk mendengar taklimat pendaftaran anak masing-masing.
         Aktiviti dimulakan dengan sessi ucapan aluan oleh Tuan Pengetua SMK J21. Dalam ucapannya beliau amat mengharapkan ibu bapa agar dapat hadir ke sekolah jika ada aktiviti yang menghendaki kehadiran mereka. Ini bertujuan untuk memberi semangat serta dorongan kepada anak mereka supaya lebih bersemangat belajar. Ibu bapa juga diminta menyemak buku latihan anak-anak agar dapat memastikan bahawa anak mereka menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain daripada itu mereka juga dikehendaki memastikan peratan untuk belajar anak mereka lengkap seperti alatulis, buku latihan, kalkulator, set geometri dan sebagainya.
         Majlis diteruskan dengan ucapan aluan YDP PIBG En. Zul B Budin. Beliau juga menyampaikan salam perkenalan dengan Puan pengetua. Inilah julung kalinya SMK J 21 menerima pengetua perempuan. Beliau mengharapkan ibu bapa memberikan sepenuh kerjasama dan komitmen dalam membantu pihak sekolah menjayakan semua aktivit yang dirancang terutama sekali yang melibatkan kecemerlangan anak-anak kita. Beliau juga mengharapkan agar pelajar-pelajar akan lebih cenderung untuk belajar kerana banyak masalah disiplin pelajar di sekolah ini telah dapat diatasi dengan jayanya.
         Program diakhiri dengan sessi pendaftaran pelajar mengikut Jengka yang telah ditetapkan. Selepas pendaftaran ibu bapa dan penjaga bolehlah membeli keperluan dan peralatan sekolah di kedai koperasi sekolah.

Pengetua berucap sebagai aluan kepada kehadiran
pelajar dan ibubapa serta penjaga
Sebahagian ibubapa yang hadir bersama anak masing-masing

Banner pendaftaran pelajar baru
sebahagian ibubapa sibuk mendaftarkan anak-masing dikaunter yang disediakan