VISI

MEMPERKASA KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI MENJELANG 2025







Disclaimer

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.



Isnin, 8 Julai 2013

LADAP - PROGRAM INTERVENSI

Satu siri Latihan Dalam Perkhidmatan khas buat semua guru SMK J21 telah diadakan pada hari Sabtu 6 Julai 2013. Latihan ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran guru dalam merancang dan melaksanankan program intervensi khas untuk pelajar yang akan memduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun 2013. Taklimat disampaikan oleh GC BI En. Mohd Abd Razif B Abd Razak. Selepas taklimat dan sesi soal jawab, semua guru berkumpul mengikut panitia masing-masing untuk merancang aktiviti program intervensi.


Tn. HJ. Adnan B Othman GPK 1 Mempengurusi program dibantu oleh GC BI En. Mohd Abd RAzif sebagai fasilitator



En. Mohd Abd. Razif menyampaikan taklimat berkenaan Program Intervensi

tetap berbincang walaupun waktu makan




Sambutan Hari Koperasi, Karnival Sukan 1M1S dan Kejohanan Balapan

Majlis sambutan Hari Koperasi SMK Jengka 21 bermula pada 24 - 26 Jun 2013. Majlis dimulakan pada waktu perhimpunan pagi Isnin 24 Jun 2013 dengan majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK J21. Seterunnya bacaan perutusan hari Koperasi dan
nyanyian lagu tema hari Koperasi. Pada 24 Jun, Kuiz kepenggunaan dijalankan sewaktu perhimpunan pagi. Acara kemuncak sambutan ditunda ke 3 Julai 2013 kerana masalah jerubu yang melanda negara. Acara kemuncak sambutan dijalankan bersama dengan karnival 1M1S dan kejohanan balapan SMK Jengka 21. Bagi sambutan Hari Koperasi, beberapa tapak niaga telah dibuka kepada pelajar untuk mengasah bakat sebagai usahawan muda, pameran beberapa agensi kerajaan dan swasta. Karnival 1M1S menyediakan acara futsal dan bola jaring, manakala kejohanan balapan dan padang menyediakan acara lontar peluru, lompat jaun dan lari 4x100m. Manakala acara jemputan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra sekolah/tadika.


Aktiviti regangan dan memanaskan badan sebelum acara sukan bermula







Acara sukan 4x100M





Acara lontar peluru


Bola Jaring
Pertandingan Futsal


Lompat jauh
Gerai Jualan dan Pemeran

UiTM


JPAM Unit Jengka





Kolej Sentral
Produk kesihatan

Pertandingan mewarna kanak-kanak TABIKA KEMAS J21








Khamis, 4 Julai 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Felda Jengka 21

Satu majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Felda Jengka 21 telah diadakan pada hari Jumaat 25 Januari 2013. Majlis sambutan ini disertai oleh pelajar-pelajar SMK Jengka 21, Pelajar SK Jengka 21, JKK Felda Jengka 21, Pejabat Felda Jengka 21 dan JK Masjid Felda Jengka 21. Hampir 700 orang telah menyertai perarakan ini yang bermula dari perkarangan Dewan JKKR Jengka 21 dan tamat di Perkarangan Masjid Jengka 21.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin






Pelajar dan guru berselawat bersama-sama sebelum menyertai perarakan




















Program sambutan diteruskan dengan aktiviti ceramah agama didalam Masjid Jengka 21







Minggu Sains dan Matematik

Bidang Sains dan Matematik telah mengadakan minggu sains dan matematik pada 14 Mac 2013. Program ini diadakan bertujuan untuk menarik minat dan menguji minda pelajar dalam kemahiran asas metematik dan sains. Aktiviti tersebut telah diadakan pada waktu aktiviti ko-kurikulum sekolah. Program ini telah melibatkan semua guru matematik dan sains sekolah dan semua pelajar diwajibkan mengambilan secara berkumpulan seramai 10 orang setiap kumpulan.

Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan mengikut stesen yang telah di tetapkan. Setiap kumpulan akan melalui 3 stesen dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan pada stesen tersebut. Pemenang ditentukan kepada ketepatan kumpulan menjawab soalan yang disediakan di setiap lokasi.

Pelajar berbincang menyelesaikan masalah matematik yang disediakan







Pelajar menyelesaikan masalah sains yang diberikan
 






Kad cecklist kumpulan untuk mengesahkan mereka telah melakukan aktiviti di setiap stesen
 
  

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Isnin 18 Mac 2013 sewaktu perhimpunan pagi