VISI

MEMPERKASA KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI MENJELANG 2025







Disclaimer

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.



Jumaat, 17 Februari 2012

Maulidur Rasul

Satu majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMK Jengka 21 telah diadakan pada Sabtu, 11 Febuari 2012 bertempat di persekitaran sekolah SMK Jengka 21. Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan pelajar bersama guru dari tapak perhimpunan ke Dewan Peperiksaan di bangunan baru. Sambil melaungkan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W., pelajar dan guru berjalan menuju ke dewan tersebut. Di dalam dewan pelbagai acara telah diatur, antaranya ialah ceramah tentang kelahiran Rasulullah, persembahan nasyid, kuiz dan penyampaian anugerah tokoh Maulidur Rasul.


Perarakan pelajar bersama guru sambil berselawat




Pelajar dan guru berhimpun di dalam dewan peperiksaan



Majlis di dalam dewan dipengerusikan oleh En. Zulkipli Amin


Ust.Tn.Hj. Mohd Karim membacakan doa dan menyampaikan ceramah berkaitan sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W


Amir Muttaqin Qari SMK J21 membacakan ayat-ayat suci Al-Quran


Persembahan nasyid "Rasulullah" daripada pelajar tingkatan 4


Pelajar menjawab soalan kuiz yang diajukan oleh penceramah tentang sejarah kalahiran Rasulullah



Tuan Pengetua SMK Jengka 21 menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz




Penyampaiah cenderamata kepada tokoh Maulidur Rasul peringkat sekolah SMK Jengka 21

Pelajar Lalaki - Muhammad Hafiz B Mohd Kamaruddin


Pelajar perempuan - Nurul Jannah Bt Maidin


Guru - En. Abd. Ghafar B Shamsudin


Sebagai pengakhiran majlis, guru dan pelajar berselawat bersama-sama














Jumaat, 3 Februari 2012

Majlis Ramah Mesra Bersama Penjaga

Satu majlis ramah mesra bersama penjaga dan ibu bapa kepasa pelajar yang akan memduduku peperiksaan PMR dan SPM 2012 telah diadakan pada Jumaat 3 febuari 2012. Majlis ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa, penjaga dan guru-guru SMK Jengka 21 disamping menyampaikan hasrat dan strategi yang hendak dijalankan oleh pihak sekolah dalam menuju kecemerlangan pelajar serta mencapai visi sekolah "SMK Jengka 21 Cemerlang 2013".


Sebahagian ibu bapa dan penjaga yang hadir bersama pelajar.



En. Zulkipli Amin B musa, kaunselor sekolah mengacarakan majlis


Pn. Hjh. Norhayati Bt Mamat, GPK Ko-Kurikulum memperikan taklimat berkaitan dengan Ko-Kurikulum


En. Mohamad B Harun, GPK HEM memberikan taklimat berkaitan dengan disiplin, Kawalan Kelas Dan Kehadiran


En. Adnan B Othman, GPK Kurikulum meerengkan pelan strategi yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menuju kecemerlangan pelajar


Ibu Bapa dan Penjaga mendapatkan penerangan dan maklumat berkaitan dengan anak-anak masing-masing di kaunter yang disediakan. Antaranya kaunter e-Disiplin, Smart Attendant, Sistem Kawalan Kelas, Prestasi Semasa Pelajar, Insuran dan SSPN, Ko-Kurikulum.


Bacaan Yaasin dan Tazkirah

Satu program bina insan yang dijalankan di SMK Jengka 21 ialah Program Bacaan Yaasin dan Tazkirah. program ini dijalankan setiap pagi Jumaat pada setiap minggu sessi persekolahan.

Ustz. Mohd Karim B Ismail Memimpin bacaan Yaasin dan memberikan tazkirah


Guru bersama pelajar membacakan surah Yaasin





Khamis, 2 Februari 2012

Merentas Desa

Merentas desa peringkat sekolah SMK Jengka 21 telah diadakan pada 20 Januari 2012. Aturcara merentas desa ini dimulakan seawal jam 8:00 pagi bermula dengan senaman pagi. Kemudian pelajar dilepaskan secara beransur-ansur mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh MSSM.

En. Md Jais memberikan taklimat kepada pelajar yang mengambil bahagian.


Pelajar memulakan aktiviti senaman pagi



Guru rumah sukan memberikan taklimat terakhir sebelum acara merentas desa dimulakan





Taklimat kepada peserta sebelum dilepaskan


Aktiviti merentas desa di sekitar felda Jengka 21




Peserta pertama kategori perempuan 18 sampai di garisan penamat


Peserta mendaftar selepas menamatkan larian


Tuan Pengetua En. Sadri memberikan ucapan pada majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang


Sekitar majlis penyampaian hadiah kepada pemenang