VISI

MEMPERKASA KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI MENJELANG 2025







Disclaimer

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.



Jumaat, 11 November 2011

Pendaftaran 1 Sukan 1 Murid

Selaras dengan hasrat kementerian, program 1 Sukan 1 Murid, pihak SMK Jengka 21 telah mengadakan satu program pendaftaran 1 Murid 1 Sukan. Program ini telah dijalankan di medan perhimpunan pada hari selasa 25 Januari 2011. Taklimat berkenaan pendaftaran tersebut telah dilakukan oleh GPK Ko-kurikulum SMK J21, En. Mohamad B Harun. Selepas taklimat, palajar mengisi bidang sukan dan permainan yang ingin disertai.





Anak Angkat Sepaktakraw

Kelab Sepaktakraw SMK Jengka 21 telah dijadikan anak angkat kepada Persatuan Belia Jengka 21. Program ini bertujuan untuk mendedahkan ahli kelab dengan aktiviti sepaktakraw yang lebih mantap dan mempunyai jurulatih dan rakan pelatih yang lebih mantap. Diharapkan program ini dapat meningkatkan prestasi skuad sepaktakraw sekolah pada masa akan datang. Majlis penyerahan simbolik ini dilakukan oleh GPK 1 mewakili pengetua bersama wakil Pengerusi Belia Jengka 21.





Ceramah Motivasi SPM & PMR

Satu ceramah motivasi "Persiapan terakhir menjelang SPM & PMR telah diadakan pada 25 Ogos 2011, bertempat di Dewan Peperiksaan SMK Jengka 21. Program ini ditujukan khas kepada pelajar dan ibu bapa serta penjaga yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Ceramah ini disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Nazri, Pensyarah UiTM.




Sambutan Hari Guru

Hari Guru disambut 16 Mei setiap tahun. SMK Jengka 21 juga meraikan Hari Guru & Hari Pekerja tanggal pada 16 Mei 2011.Sambutan ini dibahagikan kepada 2 peringkat. Peringkat 1 diadakan di sekitar tapak perhimpunan yang melibatkan aktiviti sukaneka antara guru dan pelajar. Peringkat 2 adalah majlis sambutan secara rasmi yang di adakan di Dewan Terbuka SMK J21. Majlis diakhiri dengan jamuan hari Guru dan Pekerja




















Ceramah Kesihatan Gigi

Satu ceramah tentang penjagaan gigi telah diadakan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Maran pada 24 Febuari 2011 di dewan peperiksaan bangunan baru SMK J21







Kursus Kepimpinan Ko-Kurikulum

Kursus ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ketua, pen. ketua, setausaha dan bendahari kelab dan persatuan serta badan beruniform yang terdapat di SMK J21 dalam mengurus dan merancang aktiviti kelab dan persatuan masing-masing. Kursus ini telah dijalankan bermula pada 12 - 13 Feb 2011 di SMK J21. Kursus ini dirasakan perlu untuk memantapkan pengurusan kelab dan persatuan yang terdapat di SMK J21 pada tahun ini dan akan datang.







Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran merupakan acara kemuncak kepada aktiviti tadarus Al-Quran yang diadakan pada setiap pagi Jumaat dalam bulan Ramadhan tahun ini. Beberapa orang pelajar tingkatan 5 telah dipilih untuk mengetuai majlis khatam Al-Quran ini yang dibimbing oleh Ust. Hj. Mohd Karim.