VISI

MEMPERKASA KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI MENJELANG 2025







Disclaimer

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.



Rabu, 22 Julai 2009

Hari Koperasi Sekolah

Pengenalan

Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ketiga ia disambut di peringkat sekolah. Bagi SMK Jengka 21, HKS tahun ini merupakan sambutan kali kedua dan kali ini ia diadakan secara bersama dengan penutupan aktiviti Kelab dan Persatuan. Oleh itu kelancaran perjalanan HKS dan karnival Kelab Persatuan ini amat diharapkan agar ia memberi impak dan manfaat kepada semua warga SMK Jengka 21.

Tema HKS - ’Koperasi Sekolah Asas Kecemerlangan Koperasi Dewasa’

Tarikh Pelaksanaan - 27 Jun 2009 – Sabtu

Aktiviti

a) Aktiviti Wajib
- Perhimpunan khas – bacaan perutusan, ucapan pengerusi koperasi, lagu koperasi.

b) Penanaman pokok
- Acara penanaman pokok adalah simbolik kepada perasmian aktiviti HKS

c) Aktiviti Pendidikan
- Ceramah koperasi / akademik
- Pertandingan perbahasan / pidato
- Forum
- Kuiz

d) Aktiviti Ekonomi
- Jualan barangan terpakai
- Bazar jualan
- ’Car Wash”
- ’Car Boot ’ sale
- Lain-lain yang sesuai

e) Aktiviti Sosial
- Projek komuniti / masyarakat
- Gotong royong
- Penyertaan koperasi dewasa



Gambar sekitar perhimpunan dan majlis perasmian hari koperasi sekolah

antara beberapa gerai yang telah disedikan oleh pelajar-pelajar SMK J21

Aksi-aksi sukaneka antara kakitangan sekolah dengan masyarakat FELDA sekitar

Pelajar Tabika Jengka 21 mengambil bahagian dalam pertandingan melukis



Aktiviti pameran yang disediakan oleh pelajar antaranya ialah pemeran Kelab SPT, Sains, MPV


















































































































































































































































































































































































Jumaat, 3 Julai 2009

Merentas Desa

Tanggal 17. Jan. 2009, SMK JENGKA 21 telah mengadakan karnival sukan pertama peringkat sekolah iaitu acara merentas desa. Acara ini dimulakan agak lewat sedikit kerana hujan lebat. Walaubagaimanapun acara ini dapat juga dijalankan tepat jam 9:00 pagi.
Merentas desa ini dimulakan dengan acara perempuan bawah 14 tahun. Peserta telah dilepaskan oleh Tuan Pengetua SMK J21. Peserta lelaki bawah 18 tahun menjadi peserta terakhr dilepaskan.
Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu perempuan bawah 14 , bawah 15 dan bawah 18 tahun beserta lelaki bawah 14, bawah 15 dan bawah 18 tahun.
Rumah Wira telah muncul sebagai johan antara rumah sukan pada kejohanan kali ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua.

Sessi taklimat dan memanaskan badan sebelum memulakan larian


Aktiviti sepanjang larian dijalankan

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK J21